Pada 5 November 2012, bertempat di Dataran Pentadbiran, Penjara Bentong telah mengadakan Sambutan Hari Jabatan Penjara Malaysia ke 163 Peringkat Institusi. Majlis bermula jam 7.00 pagi dengan ketibaan TKPj Hj Abdul Aziz bin Abdul Razak ( Pengarah Penjara Bentong ) disusuli dengan nyanyian lagu Negaraku, Bakti Setia , Kualiti Teras Kejayaan dan bacaan doa. Beliau seterusnya membacakan teks ucapan YBhg. KJP Dato' Sri Haji Zulkifli bin Omar - Ketua Pengarah Penjara Malaysia dan seterusnya menyampaikan pingat-pingat dan sijil kepada 76 orang penerima yang terdiri daripada 30 orang ( PPA ), 10 orang ( PPS ), 1 orang Pingat Ketua Pengarah Penjara ( Gangsa ), 1 orang ( PSP ), 2 orang ( PCP ), 5 orang ( PPP ), 5 orang ( PBP ), 20 orang ( PAP ) dan 3 orang menerima Sijil Penghargaan.
|