| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Sambutan Hari Penjara Penjara Simpang Renggam, Johor

Pada 7 November 2012, Penjara Simpang Rengam, Johor telah menyambut Sambutan Hari Jabatan Penjara kali ke 163 peringkat institusi dan disempurnakan oleh TKPj Ab Basir bin Mohamad, Pengarah Penjara Simpang Rengam.  Majlis bermula jam 8.30 pagi didahului dengan nyanyian lagu Negaraku dan Bakti Setia diikuti dengan bacaan ikrar jabatan.  TKPj Ab. Basir bin Mohamad juga telah menyempurnakan pemakaian pingat dan sijil penghargaan kepada (96) orang kakitangan dan anggota.  TKPj Ab Basir bin Mohamad juga telah membaca perutusan YBhg Dato' Sri Hj Zulkifli bin Omar. 


Sambutan Hari Penjara diteruskan aktiviti Derma Darah di Rumah Kelab Penjara Simpang Rengam yang disertai oleh (49 ) orang kakitangan.  Pada sebelah petang ceramah motivasi telah disampaikan Prof. Madya Dr. Hj Husin bin Jusoh bertajuk Perlakuan Manusia Semasa Sedar dan Separuh Sedar dari Aspek Akhlak/Moral.


Sempena sambutan ini, Penjara Simpang telah menjalankan aktiviti “morning walk”  bersama-sama 28 orang penghuni Rumah Sri Kenangan Johor Bahru pada 6 November 2012 dan pada 8 November, 2012 telah diadakan acara sukaneka dan indoor games.