| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Sambutan Hari Jabatan Penjara Malaysia Kali Ke-163 Institusi Penjara Miri, Sarawak

Pada 8 November 2012 jam 7.00 pagi, Penjara Miri, Sarawak telah membuat sambutan  Hari Jabatan Penjara Malaysia Kali Ke-163 tahun bertempat di Dataran Mini Kenyalang, Penjara Miri. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Yang Setia Pengarah Penjara Miri, Tuan Kamarul Alam bin Taib dan dihadiri oleh seramai 80 pegawai dan anggota lain-lain pangkat. Perasmian berkenaan disusuli dengan pembacaan perutusan daripada Yang Berbahagia Komisioner Jeneral Penjara Dato' Sri Haji Zulkifli bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia. Di akhir majlis tersebut, seramai 38 pegawai dan kakitangan penjara telah menerima pingat dan juga surat penghargaan di atas sumbangan cemerlang  dan komitmen yang padu mereka kepada Jabatan.


Sempena sambutan Hari Jabatan Penjara Malaysia, Penjara Miri juga telah  mengadakan aktiviti gotong-royong di Rumah Penyayang & Anak-Anak Istimewa Lambir, Miri yang diketuai oleh KIP James Tedwien Cahan Anak William Nangai bersama kakitangan pada hari yang sama jam 9.30 pagi. Beberapa aktiviti telah dijalankan seperti mengecat pagar, membaikpulih tingkap, memotong rumput dan juga membersih sekitar kawasan rumah tersebut. Di akhir aktiviti berkenaan, Penjara Miri telah mengadakan sumbangan makan dan minum kepada anak-anak istimewa. Aktiviti seperti ini dibuat bertujuan untuk mendekatkan masyarakat dengan Jabatan di samping membantu mereka yang kurang berkeupayaan sekaligus memenuhi tanggungjawab sosial Jabatan kepada masyarakat.