Pada 9 Mac 2011 Pusat Pemulihan Akhlak Muar telah menerima lawatan kerja sambil belajar dari 4 orang pegawai dari Biro Kawalan Narkotik, Brunei Darussalam bersama 5 orang pegawai polis bahagian Narkotik Bukit Aman. Lawatan ini adalah salah satu pengisian yang mana bertujuan untuk mengenalpasti program-program pemulihan dan rawatan yang dilaksanakan ke atas tahanan berserta Program Pembangunan Insan (PPI) dalam usaha memupuk disiplin dan akhlak tahanan. Selain itu, ianya bagi meningkatkan kerjasama dan jaringan perhubungan di antara Biro Kawalan Narkotik, Brunei dengan agensi penguatkuasaan di Malaysia.
Mesyuarat pembukaan pada jam 0900 hrs turut dihadiri oleh Pengarah PPA Muar, PKP Wan Umar Bin W. Abdullah dan taklimat mengenai jabatan telah disampaikan oleh TPP Zakaria B. Mat Jusoh. Para delegasi dan pegawai PDRM juga turut di bawa masuk melihat pelaksanaan Program Pembangunan Insan (PPI) yang di jalankan untuk orang tahanan di PPA Muar. |