| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Lawatan Dari Sekolah Pengajian Provos Tentera Laut (PRL), Fakulti Kelasi Kd Pelandok, TLDM Lumut, Perak Ke Pusat Pemulihan Akhlak Machang, Kelantan

Pusat Pemulihan Akhlak Machang telah menerima delegasi lawatan daripada  Sekolah Pengajian Provos Tentera Laut (PRL), Fakulti Kelasi KD PELANDOK, TLDM Lumut, Perak pada 20 April 2011. Deligasi lawatan adalah seramai (70) orang, diketuai oleh Ketua Sekolah iaitu Left. Komander Zilkamal bin Azis dan disertai (11) orang staf dan jurulatih dan (58) orang pelatih.

 

Delegasi lawatan  tiba di Pusat Pemulihan Akhlak Machang pada jam 8.30 pagi dan disambut oleh Timbalan Pengarah Pusat Pemulihan Akhlak Machang, TPP Zulkifli bin Abdul Manah bersama pegawai-pegawai kanan yang lain.

 

Delegasi telah diberi taklimat mengenai Pusat Pemulihan Akhlak Machang oleh KIP Zaini bin Salim (Pegawai Pejabat Rekod) bertempat di dewan Bunga Raya, PPA Machang.

 

Setelah selesai sesi taklimat delegasi telah dibawa melawat ke tempat-tempat tertentu dalam kawasan penjara seperti tempat perjumpaan banduan,  klinik kesihatan penjara dan pejabat rekod banduan. Deligasi juga diberi penerangan tentang Program Pembangunan Insan (PPI) Jabatan Penjara Malaysia. Lawatan tersebut berakhir pada jam 12.30 tengahari.