| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Perasmian Pusat Pemulihan Pemasyarakatan Kem Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, Jitra Kedah Oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Dan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri

Ahad, 22 Mei 2011, Jitra Kedah,  Majlis Perasmian Pusat Pemulihan Pemasyarakatan di Kem Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah telah disempurnakan secara bersama oleh Y.Bhg Dato' Sri Dr. Hj Ismail bin Hj Ahmad  Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan dan Y. Bhg Dato' Abdul Rahim bin Mohd Radzi mewakili Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri.



Pusat Pemulihan Pemasyarakatan ini merupakan penempatan banduan bagi menjalani program pemulihan di luar penjara sebagai persediaan banduan kembali ke pangkuan masyarakat. Program ini adalah hasil kerjasama Jabatan Penjara Malaysia dengan Angkatan Tentera Malaysia dalam usaha untuk mengurangkan perlakuan semula jenayah .



Majlis perasmian telah bermula pada jam 9.00 pagi yang turut dihadiri oleh Ketua Pengarah Penjara Malaysia dan Timbalan Panglima Tentera Darat Malaysia, Pegawai Jabatan Penjara Malaysia dan ATM serta tetamu-tetamu undangan termasuk daripada pihak media.



Setelah melakukan upacara perasmian dan menandatangani Plak Perasmian Pusat Pemulihan Pemasyarakatan, Y.Bhg Dato' Sri Dr. Hj Ismail bin Hj Ahmad  dan Y. Bhg Dato' Abdul Rahim bin Mohd Radzi serta tetamu telah meluangkan masa melawat persekitaran Pusat Pemulihan Pemasyarakatan serta meninjau program pemulihan yang dijalankan. Majlis diakhiri dengan sidang media oleh Y.Bhg Dato' Sri Dr. Hj Ismail bin Hj Ahmad  dan Y. Bhg Dato' Abdul Rahim bin Mohd Radzi di Pusat Pemulihan Pemasyarakatan.