| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Persijilan Amalan Persekitaran Berkualiti 5s ( Q.E ) Bagi Kali Ke 2

Penjara Bentong, 9 Jun 2011. Penjara Bentong telah diaudit oleh Encik Nik Faizal bin Nik Ahmad dari MPC Wilayah Timur dalam perlaksanaan Amalan Persekitaran Berkualiti 5S ( Q.E ) bagi kali ke 2. Dalam lawatan beliau ke semua 13 zon yang terlibat, beliau amat berpuashati dengan persembahan dan juga pematuhan kriteria-kriteria serta pengekalan amalan  yang ditetapkan dalam Amalan Persekitaran Berkualiti 5S ( Q.E ). Beliau juga memuji beberapa usaha penambahbaikan yang telah dilakukan.  Pada akhir taklimat penggulungan audit, Encik Nik Faizal bin Nik Ahmad mengucapkan tahniah dan  mengumumkan bahawa Penjara Bentong telah "Layak Untuk Persijilan " dan sekaligus mendapat Sijil Amalan Persekitaran Berkualiti 5S ( Q.E ) bagi kali ke 2.