Pada 27 Jun 2011 lebih kurang jam 0930 pagi, Program Jalinan Kasih telah diadakan sempena Hari Ibu dan Bapa di Penjara Sandakan. Program ini telah dirasmikan oleh TPP Abd. Rauf Bin Lang Pasih dan seramai 08 orang banduan yang mempunyai prestasi yang baik selama menjalani program pemulihan telah dipilih mengikuti program ini yang mana juga di hadiri oleh ibubapa serta ahli keluarga banduan terbabit. Dalam majlis ini juga telah diadakan acara memotong kek dan jamuan ringan. Penganjuran Program Jalinan Kasih ini memberi peluang kepada banduan terpilih untuk bersemuka dan bermesra bersama ahli keluarga masing - masing ,sekaligus dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan yang sedia terjalin. Pada sebelah petangnya pula telah diadakan acara penutupan Karnival Sukan antara Banduan. Sebanyak 6 acara telah dipertandingkan iaitu acara Karom, Sepak Takraw, Bola Tampar, Batu Seremban, Dam dan Catur.
|