Program Saya Sedia Bimbing Anda telah dihadiri oleh seramai 212 orang penghuni Penjara Jelebu dan diadakan pada 28 Julai 2011 jam 8.00 sehingga 11.30 pagi. bertempat di Dewan Seminar Blok Cemerlang. Di antara matlamat program ini adalah memberi bimbingan kepada penghuni mengenai perancangan, persiapan dari segi kekuatan diri menghadapi stigma sosial dan kekuatan diri daripada kejatuhan semula ke dalam penagihan dadah apabila dibebaskan kelak. Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) dari Klinik Cure & Care 1 Malaysia Tampin,Melaka telah diundang untuk berkongsi pengalaman kehidupannya ,sejarah penagihan dadah dan kekuatan diri untuk berhenti menagih dadah.
|