Penjara Pengkalan Chepa, 11 Ogos 2011 - bertempat di Surau Bilal Ar-Rabbah Penjara Pengkalan Chepa, Kelantan telah diadakan Majis Berbuka Puasa Kakitangan Bersama Keluarga dan Pesara Kakitangan Penjara Pengkalan Chepa, Kelantan. Majlis telah dihadiri oleh PKP Husin bin Hj. Johari bersama isteri dan 300 orang kakitangan bersama keluarga Penjara Pengkalan Chepa. Majlis turut diserikan dengan kehadiran PKK Muhammad Zuki bin Muhammad Zain Pengarah PPA Machang bersama isteri, PP Mat bin Yaacob Pengarah Parol Negeri Kelantan, Ketua-Ketua Jabatan sekitar Daerah Kota Bharu dan Pesara-Pesara Kakitangan Penjara. Atur cara dimulai dengan Majlis Khatam Al-Quran dan berakhir dengan semua tetamu menunaikan Solat tarawih.
|