Sintok Kedah, bersamaan 28 November 2011 seramai 64 pegawai kanan penjara telah menerima sijil bagi program Sijil Eksekutif Amalan Koreksional (SEAK) Kohort 2, Sijil Eksekutif Amalan Koreksional (Kerja Sosial) Kohort 1 dan, Sijil Eksekutif Amalan Koreksional (Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan). Syabas dan tahniah diucapkan kepada para graduan yang menerima sijil eksekutif pada majlis graduasi ini yang merupakan kali kedua diadakan untuk anggota Jabatan Penjara Malaysia. Pelaksanakan program seperti ini bersama dengan pihak Universiti merupakan insiatif dan komitmen Jabatan Penjara Malaysia dalam usaha membangunkan modal insan cemerlang dan kompeten untuk melaksanakan tugas-tugas mereka berlandaskan ilmu yang mereka perolehi.
Adalah diharap majlis graduasi pada hari ini akan membakar semangat serta keazaman yang tinggi kepada para graduan untuk memberi khidmat bakti yang terbaik kepada jabatan, masyarakat dan juga negara. Ianya juga sebagai pendorong kepada kakitangan lain agar berusaha menambah ilmu pengetahuan yang sentiasa terbuka luas. Matlamat pelaksanaan program ini adalah bertujuan untuk melatih pegawai-pegawai dengan kemahiran kerja sosial, kaunseling koreksional dan mengamalkan persekitaran kerja yang selamat dan kondusif selaras dengan dasar tranformasi Jabatan Penjara Malaysia.
Majlis ini dihadir oleh YBhg.Datuk Wira Hj.Zulkifli bin Omar Komisioner Jeneral Penjara, Pengarah Pembangunan Profesionalisme TKPj Nordin bin Hj.Muhamad dan Pengarah-Pengarah Institusi Penjara Zon Utara dan juga Komandan Akademi Koreksional Malaysia Langkawi.
|