| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Lawatan Kerja Y. Bhg KJP Datuk Wira Hj. Zulkifli Bin Omar Ketua Pengarah Penjara Malaysia Ke Penjara Marang, Terengganu.

25 September 2010 jam 10.30 pagi: Institusi Penjara Marang, Terengganu telah menerima lawatan kerja Y.Bhg. KJP Datuk Wira Hj Zulkifli bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia. Y.Bhg. KJP Datuk Wira Hj Zulkifli bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia telah menerima penghormatan menerima tabik hormat dan memeriksa kawalan suku dan seterusnya merasmikan Mesyuarat Agung Derma Kebajikan Jabatan Penjara Malaysia yang diadakan di Dewan Dato' Ibrahim. Turut serta adalah pengerusi Derma Khairat kebajikan jabatan Y.Bhg KPj Dato' Hj Hassan bin Sakimon Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) ahli-ahli lembaga pengarah dan ahli-ahli khairat kebajikan.

Y. Bhg Datuk Wira seterusnya telah membuat lawatan ke dalam penjara dan juga membuat pelancaran Projek LATIF ( Latihan Perladangan Partisipatif ) Penjara Marang. Turut serta dalam majlis ini adalah TKPj Wan Ab. Rahman bin Abdullah, Pengarah Vokasional dan Industri, Ketua-ketua Institusi dan Parol Zon Timur dan kakitangan Penjara Marang dan Parol. Pada tengahari, Y.Bhg Datuk Wira Ketua Pengarah dan Y.Bhg Dato' Timbalan ketua pengarah (pengurusan) menghadiri majlis sambutan hari raya bersama kakitangan di perkarangan rumah rehat serta menyampaikan duit raya kepada anak-anak kakitangan.Majlis diakhiri dengan jamuan hari raya.