Pada 08-10 November 2010, bertempat di Institut Koreksional Malaysia, Tanjung Kling, Melaka telah diadakan Kursus Pengurusan Projek dan Penyelenggaraan Bangunan Kerajaan yang telah di hadiri seramai 29 orang Pegawai Kanan seluruh Institusi Penjara Malaysia. Kursus ini di adakan bertujuan mempertingkatkan komitmen pegawai dalam membantu kerajaan / institusi melaksanakan projek secara terancang dan meminimumkan kelewatan perlaksanaan, meningkatkan pengetahuanpeserta dalam merancang projek pembangunan supaya bersesuaian dengan hasrat kerajaan membelanjakan kewangan negara secara efisyen dan perlaksanaan zero difect serta meningkatkan kemahiran peserta bagi menguasai teknik, perancangan dan pengurusan projek. Antara kandungan kursus yang telah dilaksanakan ialah peranan dan tugas pengurusan projek, penyediaan rekabentuk projek, penyediaan anggaran belanja pembangunan dan isu dan masalah. Majlis penyampaian sijil dan penutupan kursus telah disempurnakan oleh Puan Kamariah Bte Mohd Noah, Pengarah Pembangunan dan Perolehan Ibu Pejabat Penjara Malaysia. |