Pada 25 November 2010 jam 03.00 petang, Kompleks Penjara Seberang Perai telah menerima lawatan kerja daripada Ahli Lembaga Pelawat Hospital Sungai Bakap dan seterusnya Penjara Seberang Perai menjadi tuan rumah untuk mesyuarat Ahli Lembaga Pelawat Hospital Sungai Bakap, Pulau Pinang . Lawatan tersebut telah disambut oleh PKK Ab. Basir bin Mohamad, Pengarah Penjara Seberang Perai bersama PP Amer@Amir bin Hj. Haron, Timbalan Pengarah serta TPP Jamaludin bin Awang kechik. Pengerusi Ahli Lembaga Pelawat Hospital Sungai Bakap diketuai oleh En. Hashim. Turut hadir Pengarah Hospital Sungai Bakap Dr. Fauziah binti Hanafiah. Objektif lawatan dan mesyuarat tersebut adalah untuk mewujudkan hubungan kerja yang erat serta meningkatkan kualiti pengurusan kesihatan banduan bagi banduan yang menerima rawatan di penjara dan hospital. |