| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Kunjungan Hormat Delegasi Iran Ke Bukit Wira

Ibu Pejabat Penjara Malaysia 10 Disember 2010, Bukit Wira telah menerima kunjungan hormat delegasi daripada Iran seramai lima orang yang diketuai oleh Mr. Javad Radka, Pengarah Bahagian Antarabangsa Kementerian Dalam Negeri Iran. YS KPj Tuan wan Mohamad Nazarie bin Wan Mahmood, Timbalan Ketua Pengarah Penjara (Operasi) telah meluangkan masa bersama delegasi bagi pihak Jabatan Penjara Malaysia. Tujuan lawatan adalah bagi membincangkan isu-isu kerjasama dua hala antara ke dua buah negara dari segi penahanan dan kebajikan warga Iran yang menjalani hukuman di institusi Penjara Malaysia. Selain itu pihak Iran juga mengalu-alukan program rancangan pertukaran pegawai dan juga menunjukkan kesediaan untuk melaksanakan program pertukaran banduan antara ke dua buah negara. Rombongan delegasi seterusnya mengadakan lawatan ke Penjara Kajang untuk berjumpa dengan beberapa orang banduan warga Iran yang sedang menjalani penahanan di sana.