| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Penyampaian Sijil SKM Juruteknik Elektrik Rendah Tahap 1

Penjara Kluang , 24 Disember 2010 (Jumaat)

Pusat Kemahiran Kementerian Dalam Negeri dengan kerjasama Persatuan Pemulihan Banduan (DPAS) Johor telah menganjurkan Majlis Penyampaian Sijil SKM Juruteknik Elektrik Rendah Tahap 1 bertempat di Dewan Tun Hussien Onn, Sekolah Integriti Kluang.

Seramai  17 penghuni telah berjaya menamatkan kursus kemahiran selama 6 bulan di Penjara Kluang telah menerima sijil daripada PKK Roslan Bin Hj Mohamed, Pengarah Penjara Kluang serta mendapat sokongan positif dengan kehadiran keluarga penghuni yang dijemput. Majlis tersebut juga turut menyaksikan penyampaian sumbangan peralatan pertukangan elektrik daripada DPAS Johor kepada peserta kursus oleh  Tn Hj Meraj@Mohamed Bin A Jalal, Yang Dipertua DPAS Johor.