Pada 25 Februari 2009 lebih kurang jam 9.00 pagi, Institusi Penjara Pengkalan Chepa, Kelantan telah menerima rombongan lawatan dari Pegawai Kanan Agensi Dadah Kebangsaan, Kementerian Dalam Negeri, Putrajaya. Rombongan seramai 20 orang Pegawai Kanan AADK tersebut telah diketuai sendiri oleh Y.Brs. Prof. Dr. Mahmood bin Nazar Mohamad iaitu Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) . Ketibaan Y.Brs. Prof. Dr. Mahmood bin Nazar Mohamad bersama ahli rombongan telah di sambut mesra oleh Yang Setia TKPj Tuan Hj. Darul Salam bin Budin Pengarah Bahagian Pemulihan dan Rawatan Khas Ibu Pejabat Penjara Malaysia dan PP Mohamad Rosidek bin Musa Pengarah Penjara Pengkalan Chepa serta Pegawai Kanan institusi Penjara Pengkalan Chepa, Kelantan Tujuan rombangan AADK tersebut hadir ke institusi ini ialah untuk melihat sendiri bagaimana perlaksanaan program pemulihan yang dijalankan oleh Jabatan Penjara Pengkalan Chepa terutamanya tentang perlaksanaan program methadone yang mana institusi ini merupakan institusi pelupor program tersebut di Jabatan Penjara Malaysia. Ahli Rombongan telah diberi taklimat berkaitan dengan program pemulihan di institusi ini oleh Yang Setia Pengarah Penjara Pengkalan Chepa PP Mohamad Rosidek bin Musa. Ahli rombongan kemudiannya telah di bawa masuk melawat ke dalam penjara iaitu ke Klinik penghuni bagi melihat perlaksanaan Program Methadone seterusnya ke bengkel besi, kayu, batik dan bengkel produk makanan . Y.Brs. Prof. Dr. Mahmood bin Nazar Mohamad mengucapkan syabas dan tahniah kepada Jabatan Penjara Malaysia yang sentiasa berusaha memulihkan penghuni yang ditahan. Di ahkir lawatan sebelum bersurai semua ahli rombongan telah menikmati kudapan pagi di Wisma Setia Penjara Pengkalan Chepa, Kelantan. |