| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Ibadah Korban Di Masjid Jabatan Penjara Malaysia

Kajang, 27 November 2009 - Sempena dengan sambutan Hari Raya Aidil Adha pada tahun ini Jabatan Penjara Malaysia telah menganjurkan majlis ibadah korban di Masjid Jabatan Penjara Malaysia.

Seramai 14 orang banduan pra bebas turut serta melaksanakan ibadah tersebut dengan berkongsi hasil pendapatan mereka membeli dua ekor lembu.

"Saya rasa bersyukur kerana pada tahun ini dapat turut serta melakukan ibadah korban walaupun sedang menjalani hukuman" kata salah seorang banduan Penjara Kajang.

Manakala seorang lagi peserta ibadah korban tersebut pula berkata, "harapan saya semoga ibadah ini dapat menebus kesalahan saya masa silam".

Y.B. Menteri Dalam Negeri turut menyumbang sebanyak lima ekor lembu di majlis ibadah korban tersebut. Beliau diwakili oleh Pegawai Khasnya, Dato' Markiman Kobiran.

"Pelaksanaan ibadah korban ini membuktikan bahawa ia merupakan satu simbolik pengorbanan yang tidak membataskan apa juga status seseorang itu", katanya. "Pelaksanaan ibadah korban ini juga dapat mengeratkan silaturrahim di antara wargakerja, penghuni dan penduduk di sekitar masjid ini", katanya lagi.

Selain daripada itu, sebanyak lima ekor lembu juga turut disumbangkan oleh Qariah di sekitar masjid dan 2 ekor lagi oleh Jabatan Agama Islam Selangor. Jabatan Penjara Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih di atas sumbangan yang telah diberikan oleh semua pihak bagi menjayakan majlis ibadah korban tersebut dan semoga ia mendapat keberkatan daripada Allah SWT.



Gambar-gambar di bawah merupakan gambar ibadah korban di Tempat Tahanan Perlindungan, Taiping pada 27/11/2009 bertempat di surau kakitangan.