Pada 01 Jun 2020 (Isnin) bertempat di Dewan Wawasan Penjara Seremban telah berlangsung Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Penjara Seremban diantara Penolong Kanan Komisioner Muhammad Nazri bin Nasrudin dan Penolong Komisioner Penjara Fayrouz bin Ahmad Zawawi selaku Pengarah Penjara Seremban yang baru. Majlis Serah Terima Tugas tersebut telah disaksikan oleh Penolong Kanan Komisioner Abd Rahman bin Taib selaku Pengarah Penjara Negeri Sembilan. Majlis turut dihadiri oleh Pengarah Institusi Pemulihan Dadah Jelebu, Komandan Pusat Reintegerasi Penghuni Kem Syed Sirajuddin Gemas dan Pegawai-Pegawai Kanan, anggota pelbagai pangkat serta kakitangan awam Penjara Seremban. Aturcara majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Bakti Setia, menandatangani dokumen Serah Terima Tugas dan peyerahan Tongkat Kuasa serta ucapan oleh PKK Muhammad Nazri bin Nasrudin selaku mantan Pengarah Penjara Seremban dan juga ucapan oleh PKP Fayrouz bin Ahmad Zawawi selaku Pengarah Penjara Seremban yang baharu.