5 Julai 2020 (Ahad), lawatan tidak rasmi YB Datuk Seri Haji Ahmad bin Hamzah (Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan), YB Datuk Norhizam bin Hassan Baktee (Pengerusi Jawatankuasa Pertanian Penternakan Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Melaka), YB Datuk Wira Haji Ghazale bin Muhammad (Adun Rim), PP Effendy bin Abu Bakar (wakil dari Bahagian Parol dan Perkhidmatan Komuniti IPPM), En. Mohd Rasydan bin Mohd Yusop (Pengarah Pertanian Negeri Melaka), En. Mohd Fauzi bin Salihun (Pengarah Perikanan Negeri Melaka) dan wakil-wakil agensi kerajaan seramai 36 orang ke Pusat Koreksional Jasin Melaka. Pelawat dibawa meninjau ke kawasan tanaman nanas, jagung, halia dan tanaman landskap yang telah mendapat kerjasama sangat baik dengan Jabatan Pertanian Negeri Melaka. Lawatan diakhiri dengan gimik menanam pokok oleh YB Datuk Seri Haji Ahmad Hamzah diiringi oleh Pengarah Pusat Koreksional Jasin Melaka PKP Noratimah binti Abu Bakar.