Pada 17 Disember 2019 (Selasa), bertempat di Padang Bola Banduan Pusat Koreksional Kamunting telah diadakan Majlis Perasmian dan Penutupan Karnival Sukan Penghuni 2019. Seramai 345 orang penghuni terlibat dengan program tersebut yang diadakan dalam suasana penuh meriah. Majlis telah disempurnakan oleh Pengarah Pusat Koreksional Kamunting, PKP Ahmad Rizal Bin Mohd Ghazali dan turut hadir bersama Pegawai Psikologi, En Mohamad Mawardi Bin Marzuan, PPP Umar Bin Dulmat (Ketua Unit Pemulihan), KIP Mohd Shafeq Bin Md Pazilah (Ketua Pejabat Rekod Banduan) dan barisan pegawai kanan serta anggota lain-lain pangkat. Majlis bermula pada jam 8.45 pagi dan berakhir pada jam 10.45 pagi. Penyertaan banduan adalah berpasukan dan perseorangan. Sukan yang di pertandingkan secara liga bermula pada bulan Januari dan berakhir Disember 2019. Program ini bertujuan menanamkan semangat kesukanan dan membentuk budaya hidup sihat serta memupuk perpaduan kaum di dalam komuniti penjara.