| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Deradikalisasi Banduan Daesh Penjara Pusat Kota Kinabalu 2019

Pada 23hb Disember 2019 (Isnin) ? Bertempat di Dewan Mini Penjara Pusat Kota Kinabalu, Unit Pemulihan Dan Rawatan Penjara Pusat Kota Kinabalu dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman telah mengadakan Program Deradikalisasi Banduan Daesh Penjara Pusat Kota Kinabalu 2019. Seramai 17 orang banduan daesh terpilih menyertai program tersebut yang turut dihadiri oleh 26 orang ahli keluarga terdiri daripada ibu, bapa, adik beradik, isteri dan anak penghuni. Program telah diserikan dengan kehadiran YBhg. DCP Dato? Ayob Khan Mydin Pitchay, Pengarah Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman, PKK Teyun Thian Eim Pengarah Penjara Pusat Kota Kinabalu, PP Ab Nasif bin Sarahan Pejabat Pengarah Penjara Negeri Sabah dan W.P Labuan, pegawai - pegawai kanan Penjara dan Polis Diraja Malaysia serta anggota lain-lain pangkat. Program pada hari tersebut diisi dengan ucapan yang disampaikan oleh YBhg. DCP Dato? Ayob Khan Mydin Pitchay dan seterusnya diselangi dengan perkongsian serta soal jawab yang diajukan oleh keluarga penghuni yang hadir. Turut diadakan majlis makan tengahari bersama keluarga penghuni dan penghuni penjara dan diselangi dengan tayangan slide show. Pada sebelah petang pula, program turut diisi dengan Majlis Ceramah Agama yang disampaikan oleh Ustaz Hasfa Bakhry Hassan dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen, Sarawak. Program ini bertujuan untuk meningkatkan keyakinan penghuni berkaitan penerimaan keluarga terutamanya apabila selesai menjalani hukuman kelak disamping memberikan kesedaran kepada penghuni mengenai kepentingan tanggungjawab terhadap keluarga, diri sendiri, masyarakat, agama dan negara.