Pada 21 November 2019, bertempat di Perkarangan Klinik Kesihatan Penjara Sungai Udang telah diadakan Program Jalinan Kasih Sempena Perayaan Deepavali 2019 Anjuran Seksyen Pemulihan dan Rawatan Penjara Sungai Udang, Melaka. Program telah dirasmikan oleh Komisioner Penjara Datuk Abdul Aziz bin Mohamad (Pengarah Penjara Negeri Melaka). Turut hadir YBhg. Briged Jeneral (B) Dato? Mohammed bin Batcha (Pegawai Khas Parlimen Tangga Batu), YBhg. Dato? Seri Mejar Segar wakil penceramah hindu dari Persatuan Hindu Sanggam dan Penolong Kanan Komisioner Faridon bin Md Saad (Timbalan Pengarah Penjara Sungai Udang). Seramai 25 banduan telah terpilih untuk program jalinan kasih ini. Program telah bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 11.30 pagi.