10 November 2019 (Ahad) PERSIAP Pusat Koreksional Jasin telah mengadakan Majlis Ramah Mesra Bersama AnakAnak Kurang Upaya Dan Pesakit Kronik 2019 bertempat di Dewan Orkid Pusat Koreksional Jasin. Majlis ini di serikan dengan kehadiran PKP Noratimah binti Abu Bakar, Pengarah Persiap Pusat Koreksional Jasin, Penaung Persiap Pusat Koreksional Jasin.Melaka.
Majlis ini dirasmikan oleh YBhg Puan Sri Roba Aisyah binti Ghazali, Pengerusi Puspanita Kementerian Dalam Negeri, diiringi YBhg Datin Seri Hajah Noraini binti Haji Man, Yang Dipertua PERSIAP Malaysia dan YBhg Datin Shakimah binti Abdullah, Naib Yang dipertua PERSIAP Malaysia.
Majlis ini berlangsung dari jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tengahari dengan lawatan ke nurseri, ladang tanaman jagung diikuti aktiviti simbolik menanam pokok buahbuahan oleh YBhg Puan Sri dan Datin Sri. Okjektif majlis ini ialah bagi mengeratkan hubungan ukhwah antara ahli persiap negeri Melaka dengan Persiap seluruh Malaysia selain menyantuni pesakit- pesakit kronik dan anak-anak istimewa di intitusi ini.