Pada 17 Oktober 2019 (Khamis), bertempat di Padang Utama Penjara Kajang telah diadakan Program Sambutan Bulan Sukan Negara dan penutupan karnival sukan penghuni. Seramai 700 orang penghuni terlibat dengan program tersebut yang diadakan dalam suasana penuh meriah. Majlis telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Penjara Kajang, PKK M. Basakaran A/L S. Muthiah dan turut hadir bersama En Muhammad Faiz Aiman Bin Yusof, TPP Shollehin Bin Dahari, PPP Murugan A/L K.S. Karuppiah dan barisan pegawai kanan serta anggota lain-lain pangkat. Majlis bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengahari. Program ini bertujuan menanamkan semangat kesukanan dan membentuk budaya sihat serta memupuk perpaduan kaum di dalam komuniti penjara.