Pada 22 hingga 23 Oktober 2019 (Selasa dan Rabu), bertempat di Dewan Orkid Pusat Koreksional Jasin, Melaka telah diadakan Kursus Parol Dan Perkhidmatan Komuniti yang dikendalikan oleh Ketua Inspektor Penjara Mohamad Azan Bin Mat Suhat dari Pejabat Pengarah Penjara Negeri Melaka dibantu oleh Ketua Inspektor Penjara Azman Bin Yaacob, Ketua Inspektor Penjara Mohd Reduan Bin Yusob dan Sarjan Penjara Raeis Bin Aziz, di mana seramai (30) peserta terdiri daripada (11) Pegawai Kanan, (14) anggota lain-lain pangkat dan (5) anggota awam mewakili seluruh institusi Penjara Negeri Melaka. Antara objektif kursus adalah memberi pendedahan dan kefahaman yang lebih mendalam kepada peserta tentang pengurusan Sistem Parol bagi institusi-institusi Penjara yang terlibat mengikut unit masing-masing. Selain daripada itu, kursus ini membantu peserta di dalam penyediaan laporan dosir mengikut format yang telah ditetapkan.
Diakhir kursus, pegawai dan anggota berpeluang untuk mempertingkatkan ilmu pengetahuan di dalam unit tersebut disamping dapat mempraktikkannya di institusi masing-masing dengan lebih baik.