Program sukan sempena Bulan Sukan Negara Tahun 2019 peringkat Penjara Puncak Borneo telah diadakan pada 21 Oktober 2019 bertempat di Dataran Blok Pentadbiran, Penjara Puncak Borneo Kuching. Upacara perasmian dengan gimik jaringan gol Bola Jaring telah dijayakan dengan meriahnya oleh Pengarah Penjara Puncak Borneo, PKP Hamdan Salleh Bin Majin.
Program ini dihadiri seramai 60 orang kakitangan termasuk penjawat awam. Antara aktiviti yang berlangsung sepanjang program ini adalah, senamrobik, pertandingan screet soccer, pentanque dan juga bolah tampar.