Pada 24 September 2019, Penjara Tapah telah diberikan Pengiktirafan Bersih Selamat dan Sihat (BeSS) daripada Kementerian Kesihatan Malaysia bersempena Majlis Anugerah Keselamatan Makanan Peringkat Negeri Perak 2019 yang diadakan di MH Hotel Ipoh, Perak. PKP Kamarulzaman bin Ismail, Timbalan Pengarah Penjara Tapah mewakili Pengarah Penjara Tapah hadir sebagai penerima Sijil Penganugerahan Pengiktirafan BeSS bagi Kantin Luar, Kantin Lelaki dan Kantin Wanita. Majlis penyampaian anugerah dan pengiktirafan ini telah dirasmikan oleh YB En. Sivanesan A/L Achalingam, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Hal Ehwal Pengguna, Integrasi Nasional dan Sumber Manusia.