| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Bulan Sukan Negara Tahun 2019 Peringkat Kompleks Penjara Kota Kinabalu

Pada 25 Oktober 2019 (Jumaat), jam 7.30 pagi, Program Bulan Sukan Negara Peringkat Kompleks Penjara Kota Kinabalu telah diadakan di Dewan Merak Kayangan, Kompleks Penjara Kota Kinabalu. Majlis pelancaran Program Bulan Sukan Negara Kompleks Penjara Kota Kinabalu, telah disempurnakan oleh YDH PKK Rosman bin Norman @ Normin, Timbalan Pengarah Penjara Negeri Sabah & W.P Labuan, mewakili YBhg TKP Datuk Haji Suria Bin Haji Idris, Pengarah Penjara Negeri Sabah & W.P Labuan. Pelbagai aktiviti dan acara sukan diadakan sempena Hari Sukan Negara tersebut seperti senamrobik, berbasikal, futsal lelaki dan wanita, tarik upih kelapa, ping pong, galah panjang dan bermain gasing terbuka (beyblade).