Isnin, 28 Oktober 2019 Program Jalinan Kasih Sempena Hari Depavali Peringkat Penghuni telah diadakan di Perkarangan Dataran Insaf Penjara Marang, Terengganu. Program ini adalah salah satu aktiviti pemulihan yang dapat memberi peluang kepada penghuni untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan antara penghuni dengan keluarga. Program yang dikendalikan oleh Bahagian Pemulihan Dan Rawatan ini diketuai oleh PPP Roslan Bin Mohemed telah bermula seawal jam 09.00 pagi. Pengarah Penjara Marang PKK Wan Sani bin Ab. Latif bersama TPP Mohd Fikri bin Safiar juga turut bersama-sama hadir bagi meraikan penghuni dan keluarga yang terlibat. Seramai lapan orang banduan yang beragama Hindu terlibat dalam program ini dengan dihadiri tiga ahli keluarga.