Pada 3-6 September 2019 bertempat di Dewan Budiman, Penjara Tapah. Kursus Pelan Kontingensi Rusuhan, Kelarian, Kebakaran, Tebusan Dan Mogok Lapar ini telah dijalankan selama (4) hari dari jam 7.00 pagi hingga 4.30 petang melibatkan seramai 38 peserta pelbagai pangkat, yang didedahkan dengan Light Strike Force (LSF), Controul And Restrain (C&R), Tatacara Pengendalian krisis kebakaran, tebusan, dan mogok lapar.
Kursus yang telah dijalankan adalah satu bentuk latihan yang dirancang bagi meningkatkan tahap kawalan keselamatan di semua Penjara selaras dengan hasrat Komisioner Jeneral Penjara bertujuan membuat latihan persediaan awal untuk menghadapi sebarang kegemparan yang berkemungkinan berlaku di dalam Institusi Penjara. Penyelaras Kursus adalah PKP Kamarulzaman bin Ismail dan TPP Mohd Yusof bin Harun selaku Ketua Unit Keselamatan, Penjara Tapah. Di bantu oleh KIP Mohammad Zubir B. Mohammad Tahir, IP Linguan bin Golok dan IP Zulfa Asrin bin Jasni sebagai Pegawai Latihan di Penjara Tapah. Tenaga Pengajar terdiri daripada TPP Yusli bin Yusof, Insp. Ismail Bin Mohd Tamizi dan Sarjan Norafizan Bin Mohd Rahim anggota Trup Tindakan Cepat daripada Bahagian Banduan/Tahanan Radikal Dan Berisiko Tinggi Ibu Pejabat Penjara Malaysia.