Pada 26 September 2019, Penjara Sungai Udang telah menerima lawatan dari Pejabat Kedutaan Singapura. Tujuan lawatan ini adalah untuk berjumpa banduan dan tahanan warganegara Singapura di Penjara Sungai Udang. Pelawat juga telah dibawa ke Pejabat PPI Wanita untuk melihat program pemulihan yang sedang dijalankan dan Bengkel Pastri Wanita. Lawatan telah berakhir pada jam 12.15 tengahari.