| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Kursus / Simulasi Plan Kontigensi Tebusan Siri 1/2019 Penjara Pusat Miri

Pada 30 September 2019 (Isnin), telah diadakan Kursus Dan Simulasi bagi Plan Kontigensi Tebusan Siri 1/2019 di Bilik PERSIAP dan Berek Pegawai Bujang Penjara Pusat Miri. Kursus ini dikendalikan oleh PPP  James Tedwien Cahan Anak William Nangai dengan dibantu oleh Unit Latihan Institusi (ULIN) Penjara Pusat Miri yang melibatkan seramai 19 pegawai / anggota lain-lain pangkat.

Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan kemahiran kepada kakitangan akan peranan dan tindakan setiap kakitangan sekira berlakunya  krisis tebusan di dalam penjara yang melibatkan kefungisan Bilik Gerakan Operasi, pegawai perunding, pasukan pengempur, Unit Kawalan Dan Pencegahan (UKP) dan pegawai perubatan sekira berlakunya kecemasan.

Di akhir  kursus sebanyak dua (2) sesi simulasi tebusan telah dibuat di Berek Pegawai Bujang bagi memberi pendedahan kepada peserta kursus akan situasi sebenar krisis tebusan yang disusuli dengan sessi post moterm simulasi bagi mengenalpasti kelemahan dan memberi maklumbalas berkenaan dengan simulasi tebusan yang dibuat.