| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Malaysian Prison Mountain Bike (MTB) Jamboree 2019 Hosted By Kamuting Correctional Centre

24 Ogos 2019 (Sabtu) PUSAT KOREKSIONAL KAMUNTING – Pada 24 Ogos 2019, telah berlangsungnya Majlis Malaysian Prison Mountain Bike (MTB) Jamboree 2019 bertempat di Astaka Padang Utama Pusat Koreksional Kamunting. Majlis bermula pada jam 4.00 pagi dengan sesi penyampaian taklimat kepada kru teknikal serta proses pemeriksaan kelengkapan asas sukan berbasikal ke atas semua peserta dan pengambilan goodies bag oleh para peserta. Acara dimulakan dengan sesi pelepasan para peserta oleh Yang Berhormat Ir. Dr. Muhd Fadhil bin Nuruddin, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kamunting diiringi Yang Berusaha KP Tan Tian Heng, Pengarah Penjara Negeri Perak, Yang Dihormati PKP Ahmad Rizal bin Mohd Ghazali, Pengarah Pusat Koreksional Kamunting selaku institusi pengelola serta Pengarah-Pengarah Penjara Negeri dan Pengarah-Pengarah Institusi Penjara Zon Utara. Pelepasan dibuat tepat jam 7.30 pagi dan para peserta perlu menamatkan kayuhan sejauh 33.72 KM beserta jumlah pendakian setinggi 840 m dengan puncak tertinggi dakian pada aras 300 m. Turut ada pada tapak pelepasan ialah pameran oleh pelbagai agensi antaranya Angkatan Pertahanan Awam, Kolej Komuniti Taiping, PRO Apparel, PROMAS ATV, Penjara Taiping, Alamanda Advanture Boat dan banyak lagi. Terdapat juga gerai-gerai jualan, Food Truck, serta acara sukan sampingan oleh pihak Kompleks Rakan Muda Kamunting. Seramai 650 orang peserta mengambil bahagian dalam sembilan kategori yang telah dipertandingkan iaitu kategori Penjara Open, Penjara Men Master, Junior, Men Open, Women Open, Men Master, Men Veteran, Fatbike dan Kategori Khas Berkumpulan Kakitangan Jabatan Penjara Malaysia. Turut dinobatkan dalam pertandingan adalah keseluruhan King of Mountain dan Queen of Mountain. Turut menghiasi majlis adalah persembahan anglung dan tarian oleh pelajar Sekolah Kebangsaan Klian Pauh dan Sekolah Kebangsaan Perempuan Treacher Methodist. Acara cabutan bertuah memeriahkan lagi majlis dengan hadiah  berupa peralatan elektrik serta aksesori basikal. Hadiah tempat pertama sehingga ke sepuluh disampaikan oleh Yang Berusaha KP Tan Tian Heng kepada para pemenang di mana keseluruhannya Pasukan Penjara Negeri Perak berjaya mengekalkan kejuaraan yang dimenangi pada kejohanan yang sebelumnya pada dua tahun lepas. Ucapan perasmian penutupan majlis dilaksanakan oleh Yang Berusaha KP Tan Tian Heng dan disudahi dengan dengan acara cabutan bertuah perdana berupa sebuah motosikal Yamaha Ego Avantiz sebagai hadiahnya. Keseluruhannya, majlis berjalan lancar dengan kerjasama di antara Institusi Penjara, Agensi Kerajaan, NGO dan juga masyarakat sekitar.