| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Halal Bi Halal Konsul Republik Indonesia Dengan Kerjasama Penjara Pusat Kota Kinabalu 2019

Pada 23 Julai 2019 (Selasa) – Bertempat di Dewan Bestari Penghuni Penjara Pusat Kota Kinabalu, Unit Pemulihan Dan Rawatan Penjara Pusat Kota Kinabalu dengan kerjasama Pejabat Konsul Republik Indonesia di Kota Kinabalu, Sabah telah mengadakan satu program yang dinamakan program Halal Bi Halal. Seramai 140 orang banduan warganegara Indonesia telah menyertai program tersebut yang turut dihadiri oleh 30 orang rombongan dari Pejabat Konsul Republik Indonesia di Kota Kinabalu dan Jakarta. Program kali ini telah dihadiri oleh PP Kalbin Hj Mohd Said, Timbalan Pengarah Penjara Pusat Kota Kinabalu, PP Jomison Gondikit, Ketua Unit Pemulihan dan Rawatan Penjara Pusat Kota Kinabalu, Bapa Krishna Djelani, Jenderal Republik Indonesia di Kota Kinabalu serta pegawai-pegawai kanan dan anggota lain-lain pangkat. Program pada hari tersebut diisi dengan ucapan yang disampaikan oleh Bapa Krishna Djelani, Jenderal Republik Indonesia di Kota Kinabalu dan seterusnya diselangi dengan perkongsian serta soal jawab yang diajukan oleh penghuni yang hadir. Selain daripada itu, program pada hari itu juga disajikan dengan majlis makan tengahari bersama penghuni penjara dan diselangi dengan persembahan buskers dan orkestra yang bawakan oleh penghuni Penjara Pusat Kota Kinabalu. Disamping mengadakan lawatan terhadap banduan warganegara Indonesia di penjara, program ini juga bertujuan untuk meningkatkan kerjasama dan hubungan baik di antara Pejabat Konsul Republik Indonesia di Kota Kinabalu dengan Penjara Pusat Kota Kinabalu. Program diakhiri dengan majlis penyampaian cenderahati serta sesi bergambar kenangan.