| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Seminar Psikologi Peringkat Zon Selatan Jabatan Penjara Malaysia

Seminar Psikologi Peringkat Zon Selatan Jabatan Penjara Malaysia telah berjaya dilaksanakan pada 24 Julai 2019 (Rabu) bertempat di Dewan Serbaguna, Penjara Simpang Renggam, Johor. Objektif penganjuran program ini adalah untuk memantapkan pembentukan kakitangan yang positif, produktif dan progresif dalam melaksakana tugas yang telah diamanahkan. Selain itu juga ia bertujuan untuk mempertingkatkan lagi budaya kerjasama, komitmen, kohesi serta toleransi di dalam organisasi dan mampu untuk membimbing kakitangan supaya dapat memberi fokus terhadap tahap kecerdasan emosi dan mental dalam melaksanakan tugas. Program ini berjalan dengan teratur dan lancar mengikut tentatif yang telah diatur. Seramai 90 orang peserta telah terlibat mewakili institusi-instusi penjara dari Negeri Johor dan Melaka. Peserta telah dipilih dikalangan Pegawai Pemulihan Institusi, Pegawai Parol, Kakitangan Awam dan ahli AKRAB institusi. Para peserta mula mendaftar seawal 8.00 pagi.

Slot pertama telah bermula pada jam 9.00 pagi dengan “Kenali Potensi Dirimu” oleh Encik Nor Azlan bin Sarmudan dari Penjara Dusun Dato’ Murad dan Encik Muhmmad Khairulanwar Bin Kamaruddin dari Pusat Koreksional Johor Bahru. Slot 2 diteruskan dengan “Transformasi Psikologi, Kesejahteraan Kewangan Diri” oleh Encik Salleh bin Mohd Nor dari Sekolah Henry Gurney, Telok Mas, Melaka dan Encik Fauzi Adam bin Sungip dari Pusat Pemulihan Akhlak, Muar. Pada slot 3, Encik Lokmanulhakim bin Hamid dari Penjara Sungai Udang, Melaka dan Encik Mohamad Khairulazam bin Mohd Hamdan dari Penjara Simpang Renggam, Johor telah menyampaikan tajuk “Kesedaran Kesihatan Mental: Realiti vs Persepsi”. Pada Slot 4 iaitu slot “Relaksasi Minda, Ceria Emosi telah disampaikan oleh Encik Mohd Hafizan bin Muamat Husin dari Penjara Kluang dan Encik Mohd Zabri bin Kamarudin dari Penjara Simpang Renggam, Johor. Selepas itu, slot terakhir untuk seminar ini iaitu slot “Expressive Art Therapy” telah disampaikan oleh Encik Muhammad Zulhusni bin Amirol Mominin dari Bahagian Pengurusan Banduan, IPPM dan Encik Mohamad Zahroni bin Dalgiri dari Pusat Koreksional Jasin, Melaka. Konklusi bagi keseluruhan seminar ini telah disampaikan oleh Encik Mohd Sukur bin Abdul Jalil dari Pegawai Psikologi Penjara Kluang, Johor.

Majlis penutup telah disempurnakan oleh YDH TKP Mohamad Rosidek bin Musa, Pengarah Penjara Simpang Renggam, Johor wakil rasmi kepada YDH KP HJ Abdul Wahab bin Kassim, Pengarah Penjara Negeri Johor. Majlis Penutup ini turut dihadiri oleh YDH TKP Noor Aziz bin Muhammad Noor, Pengarah Penjara Sungai Udang Melaka, wakil rasmi kepada Pengarah Penjara Negeri Melaka dan Ybrs. Encik Teo Lea Ming, wakil dari Bahagian Agama dan Kaunseling, Ibu Pejabat Penjara Malaysia. Para peserta telah disampaikan sijil penyertaan seminar dan majlis berakhir pada jam 5.00 petang.