| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Kursus Asas Tekatan Benang Emas Kerjasama Strategik Antara Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Perak Bersama Pusat Koreksional Kamunting

26 JULAI 2019 (JUMAAT) – Pusat Koreksional Kamunting dengan kerjasama strategik bersama Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Negeri Perak telah berjaya mengadakan Kursus Asas Tekatan Benang Emas yang berlangsung selama 2 minggu bermula 15 Julai 2019 sehingga 26 Julai 2019. Seramai 10 orang anggota telah menghadiri kursus tersebut terdiri daripada lapan (8) orang anggota dari Pusat Koreksional Kamunting dan dua (2) orang anggota dari Penjara Taiping. Majlis Penutupan telah berlangsung dengan jayanya pada hari terakhir kursus berkenaan dengan acara penyampaian sijil kepada peserta kursus oleh PP Harun bin Awang, Timbalan Pengarah Pusat Koreksional Kamunting bersama Encik Mohamad Aizuddin bin Mohamad Naser, Timbalan Pengarah Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Negeri Perak.