Pada 29 & 31 Julai 2019 dan 01 Ogos 2019, Penjara Pusat Miri telah mengadakan latihan menembak selama (3) hari yang bertempat di Lapang Sasar PGA, Lambir melibatkan seramai (156) orang anggota. Latihan menembak bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir jam 1.00 petang. Sebanyak tiga jenis senjatapi yang digunakan semasa latihan menembak iaitu Smith & Wesson MP9, Pump Gun dan M16. Objektif latihan ini diadakan adalah bagi melatih anggota agar mahir dalam mengendalikan dan menggunakan senjatapi. Semua anggota yang terlibat dengan latihan menembak telah terlebih dahulu menghadiri latihan kering menggunakan senjatapi sebelum menghadiri latihan menembak yang sebenar.