Sambutan Hari Keluarga Peringkat Institusi Penjara Reman Pulau Pinang telah diadakan pada 19 dan 20 Julai 2019 bertempat di Mutiara Baiti Homestay, Tanjung Tokong, Pulau Pinang. Program ini telah diketuai oleh PP Mohd Suhairi bin Awang Timbalan Pengarah Penjara Reman Pulau Pinang. Program ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara anggota dan keluarga. Antara Jemputan yang hadir ialah TKP Roslan Bin Mohamed Pengarah Penjara Negeri Pulau Pinang sebagai tetamu kehormat.