| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Sambutan Hari Ibu Dan Bapa 2019 Penjara Wanita Kajang

Pada 21 Jun 2019, telah berlangsung Program Sambutan Hari Ibu dan Bapa 2019 Penjara Wanita Kajang melibatkan seramai 20 penghuni dan 100 ahli keluarga.  Program Sambutan Hari Ibu dan Bapa 2019 adalah satu acara yang penuh simbolik bagi mengenang setiap pengorbanan dan perjuangan mereka dalam membentuk dan mencorak sebuah institusi keluarga yang harmoni. Kasih sayang dan pengorbanan seorang ibu adalah tidak ternilai dan tidak dapat dibayar dengan wang ringgit. Biarpun pelbagai panggilan seperti ibu, mama, umi, bonda, amma mummy, bapa ayah, daddy dan lain-lain, hakikatnya ia tidak sesekali membezakan peranan mereka dalam memikul amanah dan tanggungjawab yang besar kepada keluarga.

Oleh itu, saban tahun sambutan Hari Ibu dan Bapa 2019 akan diraikan pada setiap bulan Mei dan Jun di seluruh dunia kerana ia merupakan satu pengiktirafan kepada kaum ibu dan bapa betapa berharga dan istimewanya mereka ini di mata dunia. Atas dasar keprihatinan ikatan kasih sayang antara ibubapa dan anak, Penjara Wanita Kajang mengambil peluang dan inisiatif untuk mengadakan Program Sambutan Hari Ibu dan Bapa bagi tahun 2019. Program telah diserikan dengan acara simbolik memotong kek Sempena Hari Ibu dan diteruskan dengan acara menyediakan Kad Hari Ibu, pertandingan jigsaw puzzle dan pertandingan menghias kek bersama keluarga.

Objektif utama program ini adalah memberi kesedaran kepada penghuni wanita untuk menghargai ibu dan bapa yang telah banyak berkorban masa dan tenaga dalam membesarkan mereka. Membangkitkan keinsafan di kalangan penghuni wanita supaya kembali ke pangkal jalan dan menjadi insan yang berguna kepada keluarga,  agama, bangsa dan negara. Program ini memberi keyakinan dan kekuatan kepada penghuni wanita untuk kembali kepada masyarakat melalui sokongan daripada keluarga. Majlis telah  berlangsung selama 2 jam bermula dari jam 9.30 pagi dan selesai pada jam 11.30 pagi.