Pada 26 Jun 2019 ( Rabu ) telah berlansung Program Komuniti Pegawai Kerja Sosial Perubatan Peringkat Negeri Pulau Pinangdi Unit PPI (Wanita) Penjara Seberang Perai. Seramai (30) banduan wanita warganegara Malaysia terlibat dalam program tersebut.
Turut diadakan adalah sesi Art Therapy secara berkumpulan dan Sesi Motivasi secara berkumpulan oleh pegawai kerja sosial bersama banduan wanita. PP Mohamad Jusoh Bin Ismail, Timbalan Pengarah Penjara Seberang Perai hadir bersama TPP Mahalim Bin Mat Noor, Ketua Bahagian Rawatan, Pemulihan dan Pendidikan. Program ini, dirasmikan oleh Dr. Suriani Binti Saaidin, Pengarah Hospital Sungai Bakap.
Program yang dilaksanakan ini bertemakan Ayuh Inspirasi Bersama bertujuan untuk mengeratkan lagi pengetahuan pegawai kerja social perubatan, dalam menguruskan kes-kes yang melibatkan banduan selain membina kerjasama yang erat dan sokongan diantara Jabatan Penjara Malaysia bersama Komuniti Kerja Sosial Perubatan.