Sekolah Henry Gurney Telok Mas Melaka telah menerima kunjungan hormat Pusat Bantuan Guaman Majlis Peguam Kelantan dan Yayasan Bantuan Kebangsaan (Kelantan) pada 21 Jun 2019. Kunjungan ini adalah bertujuan untuk melihat dan mengetahui lebih dekat lagi peranan serta fungsi institusi ini sebagai peneraju perkhidmatan korektif juvana bagi membolehkan pihak mereka memberikan nasihat yang efektif dalam profesion mereka.