Pada 27 Jun 2019 (Khamis) Unit Akademik telah mengadakan Majlis Sambutan Aidilfitri dibawah kendalian En Othman Bin Markom, Penyelia Unit Akademik SHG Telok Mas. Program ini diadakan bertujuan untuk meraikan Sambutan Hari Raya AidilFitri bersama-sama pelajar-pelajar Unit Akademik. Dengan adanya program ini ianya dapat mengeratkan hubungan baik dan kemesraan antara Pegawai-pegawai kanan, guru-guru dan pelajar-pelajar serta warga Sekolah Henry Gurney Telok Mas Melaka. Antara pengisian program ini adalah pertandingan Melukis, Nyanyian Lagu-lagu Raya dan Sketsa Raya. PP Redzwan Bin Saghil@ Yusof, Timbalan Pengarah SHG Telok Mas dan pegawai-pegawai kanan turut bersama-sama memeriahkan program ini.