Pada 21 Jun 2019 telah diadakan Majlis Ramah Tamah Gawai Raya Kakitangan Peringkat Penjara Negeri Sarawak bagi tahun 2019 di perkarangan tempat letak kereta, Penjara Puncak Borneo, Kuching. Antara Institusi Penjara Sarawak terlibat adalah dari Pejabat Pengarah Penjara Negeri Sarawak, Penjara Puncak Borneo, Penjara Pusat Sri Aman, Penjara Pusat Sibu, Pusat Koreksional Bintulu, Penjara Pusat Miri dan Penjara Limbang.
Antara acara yang dipertandingkan adalah acara gerai makanan tercantik mengikut tema etnik di Sarawak, keluarga sedondon yang dibahagi kepada (2) kategori iaitu Raya Aidlfitri dan Gawai Dayak serta cabutan bertuah. Gerai makanan tercantik telah dimenangi oleh Penjara Puncak Borneo, dikuti Pejabat Pengarah Penjara Negeri Sarawak ditempat kedua dan tempat ketiga dimenangi oleh Penjara Pusat Sibu. Majlis ini juga turut dimeriahkan dengan persembahan dari Band Beret Hijau (Penjara Puncak Borneo), Karaoke lagu raya dan gawai yang dinyanyikan oleh setiap wakil Institusi Penjara Sarawak, Persembahan Sape (Alat muzik tradisional masyarakat Iban), pemberian Duit Raya kepada anak kakitangan serta acara mencantas dan menumbang pokok Ranyai (acara tradisi perayaan gawai dayak) oleh Pengarah Penjara Negeri Sarawak dan Pengarah Institusi Penjara Sarawak.