Pada 23 Mei 2019 (Khamis), Penjara Pusat Sri Aman dengan kerjasama Surau Darul Aman telah menganjurkan Program Majlis Berbuka Puasa Pengarah Bersama Kakitangan Dan Keluarga Penjara Pusat Sri Aman yang diadakan di Perkarangan Surau Darul Aman melibatkan seramai 160 orang kakitangan dan ahli keluarga. Majlis Berbuka Puasa ini ini telah disempurnakan oleh Pengarah Penjara Pusat Sri Aman dimana majlis ini turut dihadiri oleh Pengurus Bank Rakyat, ketua cawangan Baitulmal Sri Aman, Ketua cawangan JAIS, Sri Aman serta pengerusi-pengerusi masjid dan surau sekitar Bandar Sri Aman. Program seumpama ini diadakan setiap tahun bagi meraikan sambutan Bulan Ramadhan dan dapat merapatkan hubungan diantara Penjara Pusat Sri Aman dengan agensi luar. Majlis dimulakan dengan tazkirah Ramadhan yang disampaikan oleh Ustaz Saiful Bin Ismail, Pegawai Agama Baitulmal Sri Aman. Selesai berbuka puasa, semua kakitangan dan jemputan mengadakan solat Maghrib berjemaah dan seterusnya menikmati jamuan sementara menunggu solat Isyak dan Terawih. Program ini berakhir pada jam 9.30 malam.