Pada 23 Mei 2019, Parol Dan Perkhidmatan Komuniti Negeri Melaka telah mengadakan Program Intevensi Iftar Jamaie bersama ODP dan Pesalah PKW bertempat di Pejabat Parol Dan Perkhidmatan Komuniti Daerah Melaka Tengah. Majlis diserikan lagi dengan kehadiran PP Tuan Rothman Bin Bujang Ketua Bahagian Parol Dan Perkhidmatan Komuniti Negeri Melaka bersama Pegawai-pegawai Kanan Parol dan Perkhidmatan Komuniti.
Aturcara dimulakan dengan Tazkirah bertajuk Keinsafan oleh PP Rothman bin Bujang dan diikuti dengan acara berbuka puasa dan Sembahyang Maghrib berjemaah. Majlis diterusan lagi dengan jamuan makan malam dan sembahyang isya berjemaah. Majlis diakhiri dengan solat terawih berjemaah.
Matlamat program ini adalah untuk melahirkan keinsafan dan kesedaran kepada semua yang hadir supaya mensyukuri nikmat yang diberikan olehnya dan bersimpati terhadap mereka yang tidak dapat merasainya. Selain itu, dapat memberi peluang kepada pesalah di bawah seliaan turut sama memeriahkan suasana berbuka puasa di samping menambah ilmu pengetahuan melalui tazkirah dan merapatkan lagi hubungan siratulrahim dengan tetamu yang hadir.