Selasa, 28 Mei 2019 bersamaan 23 Ramadhan 1440 Hijrah, Penjara Puncak Borneo Kuching telah mengadakan Program Tadarus Al-Quran Peringkat Penghuni Penjara. Seramai 19 orang penghuni terlibat mengikuti program ini. Objektif Program Tadarus Al-Quran ialah sebagai satu medium menjelas dan memberi kefahaman kepentingan, tuntutan dan cabaran beramal di Bulan Ramadhan.
Majlis turut dihadiri oleh TPP Mohammad Hafiz Bin Matsahri dari Bahagian Pemulihan Penjara Puncak Borneo dan IP Mohamad Naquiruddin Bin Arbi selaku Pegawai PAROL Institusi serta anggota Bahagian Pemulihan institusi.