Pada 23 Mei 2019 (Khamis) telah diadakan Majlis Berbuka Puasa Peringkat Penjara Negeri Perak tahun 2019 di perkarangan Surau Al-Islahiah Penjara Tapah, Perak. Majlis diserikan dengan kehadiran KP Ahmad Faudzi bin Awang, Pengarah Bahagian Keselamatan dan Inteligen, KP Supri bin Hashim, Pengarah Bahagian Banduan/Tahanan Radikal dan Berisiko Tinggi, TKP Tan Tian Heng, Pengarah Penjara Negeri Perak dan TKP Kamarudzaman Bin Haji Mamat selaku tuan rumah majlis ini. Turut hadir majlis ini adalah pengarah-pengarah dan anggota-anggota daripada penjara Negeri Perak. Aturcara majlis dimulakan dengan penyerahan sumbangan zakat kepada asnaf, petugas surau dan ahli-ahli Tadarus yang disampaikan oleh KP Ahmad Faudzi bin Awang. Majlis berakhir dengan jamuan moreh selepas selesai Solat Terawih.