30 April 2019 (Selasa) : Klinik Penjara Dusun Dato Murad telah mengadakan dengan jayanya Program Pemeriksaan Kesihatan Dan Suntikan Vaksin Hepatitis B secara percuma melibatkan kakitangan Penjara Dusun Dato Murad. Program tersebut diadakan di Dewan Kelab Sukan & Kebajikan Penjara Dusun Dato Murad. Program yang telah berlangsung selama satu hari tersebut bertujuan untuk memantau tahap kesihatan dan juga untuk pencegahan jangkitan penyakit Hepatitis B dikalangan kakitangan.