Pada 25 April 2019 (Khamis), Institusi ini telah menerima Lawatan daripada Delegasi (Prison Expert) dan wakil kedutaan dari negara Jepun, United Kingdom, Netherland dan Canada seramai 10 orang. Ketibaan tetamu delegasi ini disambut oleh Timbalan Komisioner Penjara Anathurai A/L Kalimuthu, Timbalan Pengarah Seksyen Inteligen, IPPM diiringi Pengarah Penjara Wanita Kajang, PKK Lim Kim Mooi.
Tetamu delegasi tersebut diiring masuk ke kawasan Institusi ini antaranya ke taska, Therapeutic Community (TC), Halaqah, bengkel-bengkel seperti bengkel batik, bengkel jahit, bengkel kraftangan dan akhirnya ke Bilik Akhir (BA). Tetamu tersebut diberi penerangan terhadap sistem pemulihan dan penahanan yang dilaksanakan serta memberi pencerahan tentang aktiviti yang dijalankan kepada banduanita di Institusi ini. Tetamu delegasi juga telah dibawa melawat Rawatan Dan Pemulihan Dadah (RPD) serta Galeri Vokasional & Industri (VI), IPPM.